Bismillah.
Semalam sembang dengan abg jual jambu. Saya turun kereta hari dah mula hujan renyai renyai.
Saya cakap ngan beliau. Abg, syukur hujan pun abg berniaga. Allah hantar saya untuk membeli. Bukan kerana hujan Allah hantar rezeki. Tetapi kerana ketetapan rezeki abang ngan saya hari ini.
Abg jambu beritahu. Awalnya dari rumah beliau. Dihati berkata-kata. Nak hujan dah ni. Boleh berniaga ke. Saya bulatkan hati saya nak berniagalah.
Saya beritahu. Saya dan abg kita niat setiap hari sangka baik. Allah tentukan untuk orang beriman pasti rezekinya ada sahaja. Usah khuatir.
Dihulurkan belian jambu saya. Saya senyum dan berkata saya beli ya abg. Assalammuailaikum.
InshaAllah. Kita niat setiap hari bersangka baik dengan rezeki yang dikurniakan.




